Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, July 31

`trial and can't be error

serius! ini bukan gurauan. trial lagi tiga hari. ini bukan percubaan main main. ini menentukan masadepan kau Ba! kemon kemon!

tapi tapi (sambil lagakan jari telunjuk)

  • aku takde cita-cita yang tetap. huaa~ T.T
  • study pon main-main lagi.
sape ade cadangan utk karier masadepan aku? heh. sesia je tnye. sini manade orang baca. kaunselor skolah pon tak penah bace blog aku nih.

Saturday, July 30

`blogwalking dan mengarut

sumpah tak tipu. aku memang nak tidur awal harini. tapi sebab si ayamayeem tu, aku tak tidurtidur lagi ha.


boleh mainmain dgan dia pnye header. best best!

memula tgok apdate dia je. tapi bila tgok bnyak lagi post dia yg macam best tu aku tak tgok lagi maka aku pon merajinkan diri utk mengklik dan membaca. dah tu berjangkit-jangkit ke blog org lain lagi tu. 

dan aku punya addmath project pon tak sentuh lagi gamaknye. (tiba-tiba cikgu kata kena tambah itu ini sok sek sok sek) dan ahad dah kena balik hostel dan hari rabu dah trial. wehh. dah nak trial da wehh! pasni kau nak buat ape Ba??

disebabkan aku tak layak join plkn, so aku ingt nak keje ah. doakan mak aku kasi ehh!

kerana spm

dan keinginan utk melanjutkan pelajaran, aku dapat melihat sahabat handai mula menepekkan buku ke muka. sentiasa menggunakan masa senggang utk membaca dan semua akan marah kalau kena kacau masa baca buku.

cikgus (plural) juga tak kurang hebatnya, bila beliau sentiasa sedia mendidik tak kira masa. kau tau? aq lalui jadual anjal selama 2 minggu tanpa rasa jemu kecuali rasa mengantuk sikitsikit. dan cikgu memang akan ada dalam kelas mahupun library ataupun surau dan juga dewan. beliau sentiasa setia menemani kami di saat genting sebegini. wuuwuu T.T (syg cikgu!)

wawawaa~ Ba mesti boleh dapat 9a+ punyaa!

kawan-kawan doakan aku senang nak jawab exam eh? halalkan jelah pemadam,pensel,pen@liquid korang yang aq pinjam tak terlupa nak mintak izin tu, termakan roti korang ke, terbelasah kodok ke, terpukul memane ke, terkasar bahase ke hape kekekekekekekeke lagi. boleh eh eh eh?


GOOD LUCK, kawan kawan!

p/s:tak sangke aq dah nak spm dah T.T

Sunday, July 17

`application of mathematics in the art of baking

huh. ape pulak dah tajuk tu yg kua. takpelah. dah tu yg ade dlm otak skang en.

ok. dari manakah datangnya tajuk yg sebegini mathemtis? kisahnya bermula pada hari persekolahan minggu lepas.

classmate : wey korang, ni kertas addmath. ade 3 set. korang kena buad tau ni. pilih satu je yg korang suka. benda ni kena hantar minggu dpan. kiranya kita ade lagi 2 kali ahad la.

aku : (bisik) adoi. asal aa bagi lambat bebena. aku ingtkan takde kena buat folio, rupanyaa... arghh! tp takpe lah.  mesti boleh buad pnye. (senyum yakin)

maka, pada hari sabtu dan ahad pun digunakan untuk menyediakan draf folio tu. mak ehh. kengkawan lain dah jeling-jeling kata nak pinjam dah. aku pun senyum jelah sambil kata,"ah, buat aa sendiri"

aku berasa sangat pentingkan diri masa tu, tapi cuba pikir balik, kalau aku bagi, kot-kot jawapan aq salah, rasa-rasanya diorang akan salahkan sape? ecehh. konon pikir jauh. padahal dengki tu.

aku bukanlah manusia hebat. diakui, aku share otak jugak nak buat benda ni. dormate dan rakan seperjuangan nak aje buat brainstorming.

ikha : baa, nak buat kek besar mane ni?

naz : ntah. pelik je measurement ehh ha. kalau height  25 cm, kek besa cenihaaa (sambil tunjuk pembaris panjang)

aku : takpe takpe. meh kite test lukis dulu oven ni besa mane, patu buad ikut logic eh?

lantas kami pun mencapai pembaris dan pensil. tikar getah menjadi mangsa. harghh. lantakla. asalkan aku dapat tgok besa mana oven ni. selesai melukis, kitorang pon memulakan sesi logic. yeda yedaa...

dah melangkah jauh ni. tetibe sangkut kat drawing graph. mak aii. cane nak buad straight line equation ni? nak nak mase tuu la otak aq tetibe mintak tido. lansung tabuleh pikir. maka, aku pun terlelap ditemani pensil, pembaris, pemadam, kakuleter dan test pad.

bangun-bangun je aku tgok test pad aq dah ade equation. mak ehh. dasyat ikha ni. (trimas ikha!)

petang ahad tu sanggup luang masa lepak kelas, lagipun mak aku datang melawat pagi minggu tu. dah la ponteng inspection, konon ade kelas bio, padahal bantai buad draf sampai ke petang. dan siap.

hari skolah aku buat mcm takde buat ape-ape progress pun utk folio tu. konon tunggu balik rumah nak buat semua. heyyy. pegi da!

so, minggu ni aku balik rumah, aku ambil masa 2 hari utk siapkan folio ni.
walaupun aku dah buat draf, aku rasa aku masih lost.
walaupun aku dah siapkan segala calculation, aku rasa aku masih ada buat salah.
tapi dah print en, apa bulih buat....

anyway, thanks to atie, naz, ikha, iman, aina, syamim dan muin. takde korang, aku rasa benda ni takkan siap.