Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, February 26

`sabar je


seperti mana yang anda lihat, saya menyatakan yang saya tak dapat datang ke sekolah. 

aku bukan nak gebang, walaupon belum ada lagi yang kata aku meng-gebang. tapi sekolah tu kan sejengkal je dari rumah aku? final decision can be made last minute :)

on 22 Feb,

Pakcik Samad call, sebab sebelum tu aku text dia, tanye bila lagi aku boleh datang driving class. biasanya dia takkan balas txt aku, dia bukan macam Abg Pejal. so, Pakcik Samad pon call :

P.Samad : ehhelo! balqisss, apo lak kau tanyo bilo kau boleh dtg? kau boleh dtg hari ape je?

Balqis : aaaa-errrr. hari sabtu ahad jelah en cik? *suara bajet nak gurau2*

P.Samad : dah tu yang kau tanyo tu apasal? sabtu ni datang, ahad QTI. 

Balqis : emmm. OK.

dengan muka sedihnya aku pon post ah kat twitter. buat muke sedih nak nanges semua. padahal cuma terkilan je :) biasalaaa, post mestila nak emo en! XD

before tahu pasal kelas ni pon mak aku ada kata, " eh, tak payah pegi lah. mak ada hal. duduk je umah "

tapi malam tu, Meen IM pasal duit Varsiti. start dari tu aku dah nampak masadepan nan cerah untuk gerak ke sekolah. *muke syaiton*

pasal duit mestilah cakap kat mak en? jgn kata aku, korang pon mesti sama en? aku cerita la, kena bank-in kt acc Ayna, RHB. sila sedia maklum, Rembau takdo RHB. yang terdekat pon kat Semban nun. kitorang diskas ahh cane nk pass an duit tu. mak aku kata, " mintak address Meen tu, mintak IC dia sekali " 

aku text la Meen, Meen tak respond, msg pon tak sampai. so aku assume dia off phone.

pastu aku cakap la , " mak, Meen gagal dihubungi, apakata pass je kat dia sabtu ni kat sekolah? "

Mak : OK. *bersinar cerahh bergemerlapan muka aku. maklumla, dpt satu green light* tapi driving class abis pukul brapa?

alamak, soalan cemas! ninoninoninoninoninonino~ 

" emmm, selalu abis before 1pm "

' yelah tu? haritu yang sampai umah jam 3pm tu apa? '

" yg tu sebab Abg Pejal bawak jenjalan pegi Melaka " *sebenanyer ada hal masatu tapi takkan la aku nk cite hal Abg Pejal kat mak plak en?*

' mm, papehal msg lah mak nnt '

YEAHHHHHHHUUUUUUUU~

____________

25 Feb , 10.27 am

Mia text aku, ajak pegi gak Rembau. siap kata " kalau kau pegi aku pon pegi "

aku bagi la sikit harapan kat Mia. biasalaaaa, aku kan sweeetttttt~ *muntah pelangi pleaseeee?*

1.24 pm

finally! Abg Pejal ajak balik. pening pale aku tunggu dia abis ajar budak.

plan mak aku
Abg Pejal anta aku balik umah, pastu mak aku angkut aku pegi Rembau, bagi duit pastu balik umah.

plan aku
Abg Pejal anta aku balik umah, pastu mak anta dan bagi lepak tengok Lycan punya game

plan Abg Pejal
anta aku kat bus stand, aku balik Rembau naik bas

plan Abg Pejal mengubah semua plan. sygggggggg Abg Pejal.
memula aku ingat nak naik bas sampai Stesen Rembau, pastu naik teksi pegi sekolah.
TEKSI? check pocket, ohh bagus. aku tak bawak wallet. jadi pelarian indon la aku kejap.
dalam poket ade SEpuluh je.

otak, otakkkk sila fikir sesuatu yang menguntungkan diriku dan juga poket ku.

TINGGGGGG! idea mariiiii~

text adik sedara, mintak ayah dia hantarkan aku kat sekolah.
text mak, kata aku naik ngan pakteh pegi sekolah.

FIUUUUUU~ 
saya pon sampai kat sekolah. :)
saya pon dapat jumpa juniors :)
saya pon dapat rasa macam kat sekolah balik :)
saya pon dapat sakat gelak dan mengarut dengan Valeds :)
saya pon pass duit kat Zubed Choo untuk di-bank-in kan :)
saya pon balik rumah dgn gembiranya :)

____________

thats it.
kalau betul benda tu nak jadi kat kita, benda tu jadi jugak. kalau betul niat, kalau ada usahanya, benda tu tetap jadi.
nampak kan betapa aku buat macam takkesah tapi usaha jugak nak datang sana?
dari tarikh 22 tu aku dah rasa yang aku tak dapat sampai sana, tapi aku cuba.
masa Abg Pejal anta aku kat bus stand tu, aku dah macam patah semangat dah nak pegi.
tapi ape yang datang? can u see it come to u?
aku pon tak sangka yang pakteh aku boleh je anta aku kat sekolah.
selalunya dia kan buzy :)

*awak, kalau awak nak tauu, kalau saya dah rasa macam malas takde semangat nak pegi, saya akan putuskan untuk tidak pergi. perkara sebegini menyebabkan saya join geng cancel last minute XD so, bila saya join event, maknanya saya memang nak pergi*

____________

Valeds, thanks for the memory.
walaupon takde buat apa, just tengok game je, tapi aku happy. *aku pon tak faham kenapa aku happy*

k, Assalamualaikum. *peaceee cikittt?*

Saturday, February 18

#7

deyyem, giat mara thingy buat aku muak, bosan.
that W act bossy. Y U NO do those things by yourself?
k, sebenarnye aku capat muak, loya dengar orang membebel benda yang atuk 90 tahun pon tahu.
no repeat please? *unless kau suka aku buat muka belakang kau*

and those boys, could u shut thehell up?
suara korang buat telinga aku bernanah, busuk.

aaaa, tu ketua platun, boleh tak kau jadi adil?
bila orang dah hilang respect kat kau, mula la kau nak tamper.
sedap je ehh dok tengking kawan gua?

dan cikgu, plissssss, plisss la jgn buat aku rasa bosan.
playlist aku boleh habis main satu hari suntuk tau?

ok.
mungkin minggu depan baru lah tak se bosan minggu ni.

OH YA! aku dah siap satu baju kurung.
minggu depan mungkin jahit blause pula. MUNGKIN.

kbai. ASSALAMUALAIKUM :)

errr, helo kakak abang?
aku dah jarang online tau skang, please notice it.
dem, u talk like u really watching me.
scaryyyyyyy~

Sunday, February 12

`bukit park 3

8.05 pagi

Duhkon : mano abg pejal niii. ni dah lambat 5 menet niiii.

Aku : sabaaa, sabaaa. *sambil main game hempon Duk

2 minit kemudian,

Aku : haaa, itu dia keleta hijauuu suda mari.

#masuk dlm keto

Duk : apela abg ni, kalau pakcik samad 10 minit awal dia datang dah, siap hon hon lagi

Abg Pejal : elehhh *sambil muka tu tak boleh nak poyo lagi* bla bla bla *membebel bnyak smpai aku tak ingt pe dia ckp*

pastu tetibe,

Abg Pejal : ehh, korang JPJ 24 ni tauu. *sambil tunjuk lesen kitorang*

Duk : alahh. ape awal sangat bang? kitorg baru masuk haritu. dahla saye baru sekali je bawak kelua.

Abg : elehhh, tulaaa. org suruh bawak keto, nak pegi panjat gunung la, ade hal la. takde takde, korg JPJ 24 ni. *sambil bawak keto tapi masuk pekan tampin

Duk : nak pegi manoo ni? bukan patut terus je ke?

Aku : Duk, abg Pejal nak blanje dominos laa. jgn tolak rezki.

Abg : ntahh. org nak blanje, dia nak blaja. org suruh blaja, dia nak panjat gunung lah, ade hal lahh *nada perli*

Delta Mahsuri,

Abg : ok Qis, kau dulu. *suka2 je panggil aku Qis -.-

__________

fuhhh, fuhhh. tadi ekstrim gila practice. 5 kali pusing, mandi aku dalam kereta tu. paling best, asyik kena marahhh je. 

"heshhhh! ape kau lambat sgt tekan brek? cepat la sikitt!"

"balas kiri, balas kiriii aku kataaa. jangan tungguuuuuu"

"laju la sikitt pusing stereng tuu, lombap la kauu nii"

"haaaa, bunyik lagi gear jago kauuu" *ni aku selalu gila buat*

"tak payah bagi minyakk. apo bega bona kauu ni"

"ha! kau buek apo niiii? apo kau carik?! bucuu! mana bucu?"

"apo kau copek naa lak lupo ni? kau takot apo?"

"heshhh, tadi baru buatt! kau ni, smalam abg dah megren dah, aja kau megren balik la abg canii"
*aku jawap,"eh, abg megren eh?"
dia balas,"eh takdo la megren bebotoo, rasa je"
aku,"-.-"

"bagi minyakkk, angkat clutch sikitt, tahannn. patu bagi minyak lagiii, copek2 lepas handbrek! ya Allah, den koba angkek clutch sikit! bukan smpai abihh, setat enjin balik"

last-last dia kata, " dah lah, ce parking tepi kancil tu, abg nak minom, tambah balik tenaga batin" 
aku, " ada pulak tenaga batinn" 
dia, " ehh adoo la!"

k, aku seriesli tak suka practice dalam trek. dia macam kena hafal pulak step uh. kiri kanan kanan lahh, minyak clutch minyak lahhh. dah la kena gesa masa dalam keto. tak suka tak sukaaa.

lepas rehat, abg Pejal panggil aku lagi sekali. dio ajak pegi jalan raya. YEAYY! 

__________

Abg : ehhh, apo kau bawak mcm org mabuk nii?
Aku : manadeee.

Abg : apo kau laju lak kek konarrr, nak drift ko?
Aku : best gak tu.

Abg : lahh, kau poe lepas clutch apesalll? kan dah mati enjin!
Aku : ado keto tadi
Abg : banyak la kauu.

Abg : apo kau laju bona lak ni? kan kau nak masuk simpang tadi?
Aku : tak nampak simpang eh kek mano
Abg : kau dah bagi signal dah tadi. ado jo an alasan kau?

Abg : ehh ehh. po kanan bona lak ni? kau nak langgar lori?
Aku : eheheeee *sengih bajet hensem*

practice atas jalan lagi best drpd practice dalam trek. tapi bak kata Ton,
' kot kau tak lepas dalam trek, cano kau nk bawak keluar nanti ' 
so, aku pon berusaha la hafal step bawak dalam trek. demm. 

nampak macam abg Pejal asek marah je en? tapi kt Duhkon punyala dia puji aku.

"Balqis tu tau jo apo nak buek, abg takyah ckp"
"eshh kau ni, Balqis lagi cokap dr kau"

takpe, takpe, dia saje nak bakar Duhkon lattew.

satu lagi yang abg Pejal tak penah puas pasal cara aku drive ,
" kauu ni, bawak la lombut-lombut sikit! kau ni jantan ko pempuan? "

Acik dah lulus JPJ, jelesss gilaaaa aku weh.
ok, pagi nanti aku QTI, sila doakan aku boleh?
see u later, Assalamualaikum :)

Monday, February 6

#6


was it normal..

1. to be jealous with anyone who is better than us?
2. to want something that we might not be able to get?
3. to feel worthless?
4. to wants that same situation happen to us?
5. to stop something that we love to do for someone we love?
5. to have this feeling?
6. to not knowing what we're actually chasing?
7. to stop yourself from getting angry?
8. to never cried from that last 3 years?
9. to keep on asking with no one answering?

and did u realize that i'm typing 5 twice?



sebenarnye aku tengah terai scrollbox tu. :)
kot nak jawap soalan2 tu, jawap la.
Assalamulaikum

Saturday, February 4

`Gunung Datuk

hai? lama dah kan i tak update? muahahahaha *apehal gedik?*
bukan apaaa, buzy ngan klas jahitan. U NO? haha

_____

pagi tadi, my mum drive me to Gunung Datuk with Duhkon. i was super exciting! 
but, when we get to 'jalan nak naik sana' the man stopped us and say, " kak, keto takleh naik atas, parking takdo"
so, me, make that ugly face that might said, 'wadafaaa? aku kena jalan kaki la nehh eh naik sana?'

janji melayu, kata 9.30 berkumpul, last-last aku main Ninjump sampai la jam 10.30, barula mereka semua sampai.
oh ye,
mereka : (Zali,Aziq,Syamim,Yaya,Ton,Acik,Qah,Abed,Aqil,Ateh,Saza,Duhkon,Alep,Mizi,Nazafiq,Syahmi,Santa,Y,Ayien)

then, the journey begin
semua jalan laju gilaaa. aku ngan Duhkon slow je. malas nak tunjuk semangat.
tapi bila dah dekat nak 15mins tu, aku mula tinggalkan Duhkon sebab teruja tengok dak-dak ni laju kemain.

serius!
memang penat gila naik. 
aku rasa ni sebab aku pestaim naik gunung, so, aku kuatkan smangat aku.
aku mesti sampai kat atas nun!
pehhh, determination gua tadokk tandingan! HAHAHA

sepanjang perjalanan naik atas, 

1. Aziq ade hobi dia sendiri : setiap kali berhenti rehat mesti buat asap.
aku tak nampak kepentingan buat asap,
aku rasa tu buat kita lagi pancit sebab we're inhaling carbon dioxide.
so, setiap kali dia berhenti rehat, aku akan jalan jauh sikit dan rehat jugak.

2. Qah ngan Saza akan tanye orang yang nak turun, "acik, jauh lagi tak?" takpon in english.
sebab Gunung Datuk tu international. Philipins, Singaporean pon adeee.
dan semua akan jawap, "lagi sejam sampai" or "setengah jam lagi" or "15 mins lagi"
ada yang peramah tu, siap ambek gamba lagii. awww. HAHAHA

3. aku akan pikir, bila nak sampai ni, bila nak sampai ni. tak menyabor! XD

bila dah sampai kat puncak, aku macam terpegun kejap.
baru la sedar betapa indahnya Rembau tanah airku. XD
angin kuat, sejuk gilaaaa.
scenery lawa, subhanAllah.

dan bila nak turun balik, aku macam nak tido je terus kat situ. malas nak turun.
pakcik yang dah biasa naik gunung tu kata sorang mesti jadi 'angker' , so pakcik tu tepek aku ni la 'angker' kumpulan ni. hahaha. padahal aku taknak blah dari situ

*angker = orang yang last, dia tanak ade kawan tertinggal kat blakang

deyyy, who says turun gunung senang? nak tercabut kuku aku kau tau? XD
mula-mula aku setia je temankan Duhkon, acah-acah romentik pimpin-pimpin tangan dia.
tapi bila aku tengok budak-budak ni dah hilang *laju gila dorg turun* aku pon cube la speed up.

and guess what? aku lost.
hahaha
bukan lost sebenarnye, tapi tak sure jalan.

*situation*
jalan dengan yakin, elak pokok tumbang, pegang akar terjulur,
iyah iyah aku akan sampai tak lama lagi.
patu tetibe nampak anak sungai.
homaigad, aku dah sesat kat mana ni? cane ni cane ni.
masatu dah pikir bukan-bukan dah, terus call Duhkon.
aku patah balik dan tunggu Duhkon ngan Abed.
pastu Zali bantai sakat aku, 'Ba, kau dah nak sampai hujung dah wehh. lepas je dari anak sungai ni kau dah selamat dah wehh'
pastu aku bidas,"deyy, aku manade lalu sini doh tadi?"
dia jawap,'kau tak perasan  jalan ni. kita lalu sini la tadi, semua langkah je anak sungai ni tadi'
aku degil,"ehh, manade lalu sini laaaa"
zali,'lalu laaa'
aku,"iyela,lalu"
zali,'jauh ehh kau patah balik?'
aku,"aku tasuke pokok tu. *sambil tuding* creepy"
zali gelak.
pastu bahan aku sampai la kat tempat berkumpol.

_____

k, lemme tell ya.
mendaki ni macam kau nak kejar target kau.
kau kena usaha, kau kena lawan semua halangan.
kau kena semangat, kau kena cari jalan,
memang susah nak naik, tapi kan seronok kalau dapat sampai atas?

nak jatuh tu senang je, 
kau lepaskan je semua sokongan yang kau ada,
kau gelabahkan je diri kau masa lalu jalan yang curam,
senang je nak jatuh. kan?

_____











haaa, aku guna handphone je.
tak cun sgt la gamba ehh :)

_____

so, thats all.
sorry la panjang sangat aku post.
Assalamualaikum.