Photobucket
Photobucket
Photobucket

Monday, January 30

`kemaskan

heyyo peeps!
harini, macam hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat yang sudah-sudah, aku pegi GM.
*booooorriiiiiingggggg*

tapi harini lain sikit dari hari yang biasa-biasa.

1. kemasan mata lalat + karipap.
mula-mula aku dgar name kemasan ni, aku macammmm. haha, paham-paham sudalerr.



this is how it looks like yoww.

ape beza mata lalat dengan karipap-pap-pap?
mata lalat lilit 3x , karipap lak lilit 6x
lilit? the hell kau ckp ni? mcm la aku pegi kelas ngan kauu -.-


hah! ambekk, aku buat vids lagi ha, nk bagi kau paham. XD
satu je yang aku suka pasal kemasan ni, cikgu puji aku punya kemas.
WHAHAHAHAHAHA. tak logic en reason aku suka kemasan ni?

2. bawak keleta!

ni gila eksitud tadi, lompat2 jantung aku masa drive. naseb baik abg peyjal ade kt seblah, takde la cuak na.
its just a short journey from GM Rembau to my lovely kampung, Penajis a.k.a Perancis.
kot ikotkan nafsu nak je aku mintak bawak sampai umah aku.
tapi sebab aku dah tersalah jawap soalan, aku simpankan jelah niat murni aku tu. haha XD
aku baru L tau? bukan pro, tapi aku rasa aku bawak tadi oke la jugak. *perasan*

satu je abg tu marah kat aku, aku langgar semua taik.
kot aku elak kang kalah mekal cumeker kang. :D

3. dah tu je. haha. till then. Assalamualaiku.

Thursday, January 26

`tersepit

heyyy~ *nada fred*
saya selalu online facebook. tak kira walau dimana jua.
open wifi bnyak skang :)

disebabkan kegigihan aku online fb, aku skang terperangkap diantara dua insan. mereka ni kira famous couple ehh kami bukan kapel laa kat skola tu dulu.

salah aku satu je, aku tolong A tu.

mengikut pandangan wa, wa rasaa si Z tersebut tak sukakan si A, tapi mereka tetap bersama sebab si Z takut.
emm. definisi takut dia ni luas ye geng?
wa pon taktau cane nak celita sama korang takut dia tu spisis yang mana.

selaku insan yang baik, wa tolong jelah A. wa sangka baik je. ni tolong sekali je tauu. pastu wa ingat dia akan carik orang lain untuk tolong dia lagi, tapi silap, wa silap. dia tetap carik wa. wa donno. tadi tu kali ke 4 dia mintak tolong wa. kali ketiga dan keempat tu wa dah rasa macam wehhh?! kau tak reti ke nak usaha sendiri?

secara personal, aku tak suka A dengan Z. macam tak matching la bond diorang.
dan aku jugak tasuka cara dia treat Z dan kawan-kawan Z.
wa ni bukan la kawan rapat dia ke hapaa, cume kawan tegur-tegur tepi koridor je.
tapi, dia tetap kawan wa kan?

so, pesanan yang tadi tu patut ke wa bagitau si dia?
ehh, pesanan ke tadi tu eh? macam lebih kepada arahan je.
psttt, ni belum kawin ni, kot da kawin apela nasib kau ehh Z?

wa tanak kawan wa sedih. wa sangka, bila dah abis sekolah, A takkan kacau hidup Z.
wa jugak pernah harap yang A tu mati cepat biar Z hidup aman sejahtera.

ehh? k see u later, Assalamualaikum.

Wednesday, January 25

`takpelah

hai, saya anak yang baik. :)
tak caye?

pagi tadi, Pakngah aku ade bagi ceramah kerjaya sikit kat aku, si anak buah dia yang dia sangka takmau dengar kata orang tua.
nak tau sebab ape?
sebab muke aku plain je bila parents aku bagi nasihat kerjaya.
aku rasa laaa, tapi mungkin bagi dia, muka plain aku tu muka, ahh i won't listen to u, old folks.
haha XD

dear Pakngah, i do take note on what you've told me.

aku dah buat keputusan ni sebelum malam aku post permohonan UPU tu.
dalam permohonan tu, aku saje je letak engineering. nak tgok respond parents.

thier responds?
mak : mak tak kesahh, mak doa kan je ape-ape utk kau. tapi betul ke ni? *ni ayat tak setuju ni, kan?*
ayah : cube tengok buku ni, buku ni, buku ni. bace kelulusan dorg.

emm, thats my dad. tegas dalam diam. ape dia kata semua komfem betul dan kena ikut.
so, aku pon bace la, tapi heyy, aku bace kelulusan dia jelah. ber Hons. Hons. bagai. pastu aku pulang la balikk buku tu kt ayah.

ayah : still nak ambik engineering?

hehe. aku kat umah mang tak banyak cakap. caye tak? caye laaa. plis plisssss.
so, aku diam kan je. dan dia anggap aku memang nak ambik engineering, sedangkan dalam hati aku dah mula rangka, emm pasni nak research pasal accounting laa. ilmu engineering tu boleh share kat membe membe yg nak tau. *peh niat murni sia*

tapi ayah assume diam aku tu sebagai,
aah! wa memang nak jadi engineer, ayah diam!

aku saje, memang saje anta UPU tu skang, supaya aku punya otak ringan sikit. done. dah ringan. tapi ayah beratkan dengan perli-perli dia. like,

'aihh, makan pukul 5, cane nak jadi engineer?' *takde kaitan en?*
'cane ni? kau hari-hari mengadap laptop, tak kuar rumah. cane nk jadi engineer?'
'kau mane tahan keje panas-panas' *ayah? wa muke gelap ni sebab main panas la dulu*
'ok, jom kemas barang abang kau. susun ikut jenis. pastu cat pagar. tengok kau boleh buat ke tak' *ni yang paling redikulesss! aku tak blaja ape pon lagi! takat cat paga, masa darjah 5, aku la yg cat paga tu* 
#psstt: abang aku mekanik :)

dan ade lagi. wa tak ingat.

ayah tak tau, aku boleh resend borang UPU. ayah taktau ape plan aku. semua tu dia taktau sebab aku tak pernah bagitau. aah. aku memang tak hebat berkomunikasi dengan orang lagi tua. aku hebat je borak ngan kawan. baik sebaya, mahupon tak berapa nak sebaya. tapi orang yang langsung tak sebaya ni memang aku failed.

mak tanye : did u hurt? yang kitorang tak kasi kau ambik engineering?
aku balas muka seposen yang senget mulut tu sambil geleng-geleng.

mak kata lagi : but u really want that course. u want to be an engineer. kan?

aku kata, 'tak, nak jadi akauntan. sebelum hantar borang tu pon dah nekad dah nak jadi akauntan'

mak senyum. rupa-rupanya dia yang risau. sebab aku diam je en? aah. dia ingat aku memberontak. tapi mak? anak mak ni kan memang diammmmmmmm je kalau kat rumah? lain lah kalau baru lepas jumpe member, ter-tempias sekali ayat sengal-sengal yang berbaki terlupa nak bagi kat kawan tu.

hai? satu sebab aku tak banyak cakap kat rumah: 
ayat dan gaya aku cakap kasar. tak perempuan langsung -.-

so, saya bakal akauntan yang akan apply asasi di UIA dan UM.

kan aku dah kata aku anak yang baik? caye? XD

________

so, tadi aku ade borak-borak ngan senior DUHA aku. dia skang tengah tunggu masa je nak fly ke JAPAN. wuahhh. kagum aku. nanti dia akan cerita cane nak buat ngan biasiswa JPA tu. so, budak-budak yang minat engineering, yang aku taulaaa, aku akan bgtau korang. sweet kan aku? dah la baik, sweet lagi! XD

________

mungkin minat aku kat aeronautical engineering tu takkan bawak ape-ape faedah pun kat aku in next 10 years. aku sedar, kita semua kena pandai pilih kerja yang banyak peluang.
dan aku rasa bila jadi akauntan, peluang aku besar.
tak kesah la bontot petak ke, bosan ke, wa sudah nekad. *u ken see the spark? ahha, tahniah.*

 ________

 amacam? korang ade masalah macam ni?
aku cadangkan, ikut la kata orang tua anda, they know better than us.
and when they gets older, diorang rasa diorang betul semua.
tapi kita sendiri pon takleh nak kata kita betul semua kan?
sebab kita tak rasa ape yang diorang pernah rasa.
aku berani bet, ayah aku mesti tanak benda yang sama jadi kat dia dulu ulang balik kat aku.
*ayah aku sweet en? tgok la anak dia*

lagi satu, jangan buat eksperimen kat mak ayah korang macam yang aku buat ni.
nanti kau balik yang sakit jiwa nak layan diorang punya opinion.

okey? till then, see u later. Assalamualaikum.

Sunday, January 22

`saje nak update :)


Mat Cool. :)
ada macam liminho tak?
comel ah ML XD
saje share video. ML cool en? sukaaaa~ <-- alahaii gediknye kauuu

___________  



aku tak tau nape sejak blog buat perangai cam hape tah haritu, aku macam dah takde selera nak mengarut kat sini. pelik la ape yang aku rasa sekarang ni. -.-

sejak akhir-akhir ni, aku lagi banyak menepekkan benda-benda yang aku selalu karutkan kat blog, di fesbuk.

dan aku rasa tu tak best. so, aku akan cuba kurangkan update mengarut aku, dan spill-kan kt sini. :)

oh ye, baru-baru ni Mia paksa aku buat baju untuk dia. aku tanakkk! 

tapi aku akan bagi dia something yang aku buat sendiri, guna baju-baju lama aku. nghehehehe.

jangan risau, korang- the reader - yang akan tengok dulu benda tu. *kenyit* <-gedik siaa

errr, aku tau ape yang aku karutkan kat sini takde kena-mengena ngan video. kan aku dah kataa, aku saje je nak update :)

till then, see u later. Assalamualaikum :)

Sunday, January 15

`you choose



UTP dah lepas dah siksa ehh.
ni UPU lak.

OMAKKKKK, cano niii? haritu yoyo sokong sey ambik aeronautical engineering? ni harini tetibe mintak sey jadi accountant pulak?
pening la!

betul, ikut cakap bonda membawa ke syurga.
tapi ni? this is my choice. 

awak, ilebyu! <3

 UTM, kau selalu ada dalam kepala hotak aku seblom aku buat exam trial SPM lagi. sebab kau la aku jadi cani. rajin gila nak mampus belajar. semua ni sebab kau! <--dah sewel

UTM, nampaknye, parents kita tak restu hubungan kita. jom kawin siam jom?

aku sedih. sangat-sangat sedih.

aku nak sangat jadi jurutera aeronautik tu. its a dream.
tapi sejak ayah cakap tadi, aku rasa that dream will remain as dream.


yeahh, easier said than done. how am i gonna reach my dream and my goal, if theres no bless?
i used to be the one who can make them proud. i'm not good in 'ambik hati'.
i'm good in study. thats the only thing that can make them see me.

aku dah biasa buat keputusan sendiri. diorang tak kesah ape pon keputusan aku.
but, when it come to this part, they use their tricks. forcing me, to think.

kalau masa UTP dulu, aku kena buat pilihan antara 2 jawapan.
sekarang aku kena buat pilihan antara 3 pilihan. *payah eh ayat nak gunooo*
Kejuruteraan-Farmasi-Perakaunan




aku? bukan.... kot