Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, March 22

`done

aku taktahu nak bermadah puitis. cukup aku kata aku bersyukur. aku memang tak sangka aku naik pentas. aku tahu preparation aku macam kapal yg tak siap, yang tiba-tiba terus kena belayar.

setiap malam aku stay up, supaya aku rasa tak delah menyesal sangat kalau tak dapat kutip semua.
tak delah aku rasa kecewa kalau aku gagal buat mak senyum tak hingat dunia.

aku stay up sebab aku tau aku memang kuat tido, aku terpaksa stay up. asalkan ada benda nak tulis atas paper. tak sanggup rasanya nak bagi pemeriksa cepat habis tanda paper aku. tak sanggup.

sebelum masuk dewan, aku kutip serpihan semangat kawan-kawan yang tercicir. aku peluk kawan yang aku rasa nak peluk. tapi selalunya Huny lah jadi mangsa. 

tunggu luar dewan, aku berlakon tenang, supaya aku tak pengaruh yang lain tu jadi tak tenang. 

malam sejarah, agama, physic, bio, chem aku tak tidur. aku tak boleh benda yang kena hafal macam subject ni semua. memang tak boleh. otak dah biasa studi last minute. masa tu baru lah nak menyesal selalu tidur dlm kelas semua. tapi apa guna? baik aku redeem sekarang.

aku memang beruntung dapat V5, dapat batchmates yang macam tu dalam dorm tu. dorm aku tak meriah macam dorm lain, tapi cukup lah tu untuk aku.
Huny . Atie . Chap . Fabin . Syu . Wenn . Nono . Naz . Qaa . Ratu . Nisa . Mimi
terima kasih

kapal tak siap selamat berlabuh. 
Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang, bagi mak ayah atuk uwan semua senyum.

tapi aku terasa dunia tak adil. jadinya aku makan tak selera, mandi pun serba tak kena.

aku studi last minute, orang tu studi senantiasa.
aku selalu tidur dalam kelas, org tu jarang2 tidur dalam kelas.
sabtu ahad aku lepak dorm, org tu dtg kelas - studi.

kan bagus kalau semua naik pentas, tak delah aku rasa macam ni.

aku rasa apa yang Meen rasa, rasanya lahh.
bila kawan yang sama-sama dok studi tak tutup mata teman kita studi tu tak naik sama, aku rasa, 
rasa mcm nak hentak kepala.

but the journey had comes to an end.
kita semua dah sampai pon kat pulau perhentian tu, tak lama lepas ni, semua berlayar jauh, bertebaran.
aku pula siap-siapkan kapal, perjalanan lepas ni lebih mencabar.




terima kasih Valedictorian.


tak semua kau rancang akan berlaku
ini tidak adil, tidak adil baginya
ini tidak adil, tidak adil bagikuu
yeah, i feel that too, Yuna

Sunday, March 11

`that event

which event? mana? yang mana satu ni? ke kau nak gebang? padahal kau hari-hari pegi giatmara, bila kalanya kau ber-event segala? ohhhh maaf, ni event bulan lepas. 18 Feb punya event.

lahhhh, baru nak update?

eh suka hati limpa jantung i la nak update bila pon, kesahhh pon u!

__________

malam tu tak tidur, seriously. padahal esok nak kena guna energy kan? ini Bal, kalau dah excited tu, memang tak  kan boleh tidur malam punya. tapi yang kalau exam esok aku tak tidur malam tu case lain, tu bukan case excited.  haha

backpacking, gaya mcm lama gila kan nak pergi sana, padahal tidur satu malam jaaaa. terbazir ruang sebab ada sepasang tu tak pakai pon, case malas nak mandi. lagipon i wangi lagi baru lepas terjun kolam.

pagi tu, dalam jam 9, mula lah Pakcik Md Noor hon-hon depan rumah. mak ayah takde kat umah, abg pon takde, yang ada adik-adik je. so, pandai2 lah korang kan nak jaga rumah sampai mak ayah balik. boboiiiii~ i pegi Melaka dulu yawww. *kakak tak guna! aah memang! #gelak setan sikit*

__________

mana hala tuju Hunny dan Bal ni? oh lupa cakap, Pakcik tu ayah Hunny, i menumpang org jaaa. tak mampu ehh nak beli kereta sendiri.

sampai je Water World kami lepak dulu tengok gajah, dengar lagu entah hapa2 tah, dan komplen pasal Jurrasic Park kat situ. bila lama sangat dah tunggu, aku decide utk tidur.
ehhhhh! kau tidur? kat mana?
emm, atas bangku tu je, alas kepala dgn beg.
ohhhhhhh -.-
apa? dah ngantok, tido la!

aku taktau apa sebabnya aku terjaga dr lena, tapi tak lama lepas tu Dib, Atie, Nono dan Milah pon sampai. Atie macam biasa, bila dah excited tu keluar semua tarian dia. awak comel gilaaaa tau tak babyyyy. XD

aku masih dlm mode tidur. belum ada yg mampu trigger otak aku suruh berinteraksi dengan mereka sehinggalah kami mula menapak masuk ke dunia air tu. pakcik yang tolong pakaikan tag dkat tangan tu lah yg trigger aku. macehhh pakcik. XD

jadi, inilah dia memori Water World. biasa je tempat tu, tapi sebab ada mereka, segalanya indah.

the first splash bila dah mula bosan jalan jalan je dalam air.
pesalah ada dua, sila detact sendiri.

nama dia Atie. its typical Atie and that would never change.

what?

ni kawasan kanak2. kami masih kanak2. bawah umur 40 tahun. *kenyit sikit*

gambar lucah kena buat kecik je. baby tengok muntah ni.

castle yang takdok air. jadi kawasan tangkap gambar la gamaknyaa.

me, entering this place like a boss. pastu semua follow. ter-empang air.

floating~ ia memerlukan ketenangan. mereka mudah belajar :')

nice background and some nice friends too.

the picture talk. did u get it?

this is Dib. wire putus sikit minah ni. semua idea aku dia main terima jeee.

her artwork. nampak tak ke-putus-an wire dia? :)

Atie ada dalam air. syiok sgt sampai tenggelam terus.

lepas mandi kita makannnnnn! cube teka sape yg paling lapar? *hikhok*

awww~ tak lama lepas ni hujan pon turunnn.

and the final picture

semua ini belum berakhir! hell yeahhh! not yet.

dari tempat ni, Nono call taxi to Tampin. RM20 per ride. murah eh?
then ambik bas gerak ke Sungai Rambai.
SR, tempat Nono. tapi gerak ke SR ni Milah tak join. ape tah hal dia. aku tak focus masa dia cakap sebab leka sedut pearl. :D

so, kami berlima menetap di Homestay Cikgu Bedah, merangkap rumah lama Nono. harga kawan murah la en tempat ni. puas dapat hidup seharian semalaman dengan dorg sampai terkeluar ayat,

"kan bagus kalau kita semua duduk sama rumah?"

masak sama-sama
makan sama-sama
layan tv sama-sama
berebut nak makan lebih
berebut nak kerusi
berebut nak basikal yang best

errrr. did i mention BASIKAL?

yeahhhh. adalah buat senaman ringan. kayuh basikal, racing, laga2 tayar basikal dan capturing memories.
sebelum jalan-jalan, kena lah makan duluuuu. inilah sarapan kami :


no joke, its damn true. mmg licin. tak payah basuh.

cubela teka sape yang main lepas tangan sebab nak tangkap gambar? tekaaa laaaa.

Hunny, typical Hunny.

Nono, acah malu-malu pulak nak tangkap gambar. XD

ada video, tapi sila tahan kan telinga anda. suara saya memang annoying.

apa perasaan anda? rasa macam nak uplaod di youtube?
aku pon takleh terima cemana suara aku boleh jadi macamtu.
tapi video ni tak pernah gagal buat aku senyum.


its time to say goodbye. :)
22nd March, we'll meet again.


beauty. let this friendship remain fresh.